Search

Tanah Perkuburan Islam Taman Selasih

Te...

  • Share this:

Tanah Perkuburan Islam Taman Selasih

Tepat jam 5.30 petang, kereta saya merangkak perlahan melepasi pintu atau gate Tanah Perkuburan Islam Taman Selasih di bawah kelolaan JAWI, sebuah agensi di bawah MAIWP.

Sebelum saya melepasi pintu masuk, saya melihat beberapa orang berdiri dari sebelah luar pintu masuk melihat ke arah kawasan kubur. Mereka hanya boleh mengiringii jenazah ahli keluarga tersayang di luar sahaja. Hanya sebilangan yang sedikit dibenarkan masuk. Itupun kena berada jauh dari lokasi kubur. Inilah fakta keadaan di Tanah Perkuburan era pandemik.

Tujuan utama.saya datang ke sini ialah bagi menyerahkan mock check berjumlah RM367, 200 kepada En Roslee Ali, sebagai wakil 204 petugas pasukan khas jenazah kovid 19 di Kuala.Lumpur dan Putrajaya. En Roslee Ali adalah seorang pengali kubur. Baru2 ini beliau telah dinobatkan sebagai salah seorang tokoh Anugerah Maal Hijrah peringkat Wilayah Persekutuan.

Jumlah sumbangan bantuan ini adalah antara 3 inisiatif MAIWP terbaru (semuanya 15 inisiatif) bagi menyantuni mereka yang terkesan dengan pandemik. Pihak Baitul Mal MAIWP telah meluluskan sebanyak RM300 kepada setiap petugas setiap bulan selama enam bulan dari Julai sehingga Disember. Mereka terdiri dari pegawai dan sukarelawan yang bertugas menguruskan jenazah dari hospital, pemandu van jenazah dan penggali kubur. Mereka bekerja sampai malam dalam semua keadaan cuaca lengkap dengan PPE.

Selepas upacara ringkas, saya meninjau kawasan yang diperuntulkan bagi jenazah kovid. Memang banyak sekali. Sedih melihat ramai rakyat Malaysia yang terkorban.

Saya ditemani Pengarah JAWI YBhg Datuk Ajib dan Tuan Nizam pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP. Kami sempat berbincang apa akan jadi kalau jumlah kematian tidak menurun malah semakin meningkat. Kena ada plan B untuk menyediakan kawasan kubur yang mencukupi.

Plan A sudah pasti adalah jumlah kematian menurun secepat mungkin. Ucapan takziah dari kami kepada keluarga yang ada kematian. Ucapan penghargaan kepada frontliners pengurusan jenazah. Harapan & doa agar pihak berkuasa cepat2 mencari formula & solusi berani & bijak mengurangkan kes kematian dan melawan virus yang membunuh ini.

Aamin Ya Rabb al-Alamin.

MDB


Tags:

About author
not provided
Pengerusi Eksekutif Amanie Group, Presiden IIUM ke 8, Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara
View all posts